PENGERUSI Lembaga Penang FC, Daniel Gooi kecewa insiden menimpa dua pemain skuad bola sepak negara, Muhammad Akhyar Rashid pada 3 Mei lalu dan terbaharu, Faisal Halim pemain kelahiran Pulau Pinang pada Ahad.
"Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang melampau ini ke atas pemain-pemain bola sepak profesional, khasnya mereka yang menjadi mangsa serangan adalah pemain kebangsaan yang menyarung jersi Harimau Malaya.
"Pulau Pinang menyatakan solidariti bersama pemain-pemain ini dan diharapkan mereka dapat menerima rawatan yang sewajarnya dan akan pulih sembuh dalam masa terdekat.
"Adalah diharapkan polis dapat mengambil tindakan segera dalam penyiasatan kes-kes ini dan turut memastikan keselamatan pemain bola sepak profesional turut terjamin," katanya yang juga Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
Faisal yang juga pemain Selangor FC dilaporkan telah disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Damansara pada Ahad.
Dalam gambar yang tular di media sosial, bekas pemain Terengganu FC itu kelihatan mengalami kecederaan di badan dan tangan akibat kejadian berkenaan.
Dia juga dilaporkan telah dibawa ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan.
Pada Khamis lalu, Akhyar disamun di hadapan sebuah kondominium di Kuala Terengganu.
Akhyar mengalami kerugian lebih RM4,800 selain dipukul menggunakan senjata besi boleh laras.
Pemain yang pernah menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), menerima enam jahitan iaitu empat pada bahagian atas kepala dan dua di atas tapak kaki kiri selain sakit pada anggota badan.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di media sosialnya juga mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet.
"No violence in sports! Saya meminta @PDRMsia untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 05 2024
Penang FC berharap polis dapat mengambil tindakan segera dalam penyiasatan kes melibatkan dua pemain bola sepak profesional itu dan turut memastikan keselamatan semua pemain terjamin. - Foto Penang FC
Kecoh himpunan 250 ekor 'oyen'
Orang ramai terutama pencinta kucing begitu teruja menyaksikan gelagat kucing berbulu oren daripada pelbagai baka.
[TERKINI] Pembentangan hala tuju baharu agensi bermandat Bumiputera
Pembentangan Hala Tuju Baharu Agensi Bermandat Bumiputera: Yayasan Peneraju, TERAJU Dan Ekuinas akan diadakan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli turut hadir menyampaikan ucapan khas.
AWANI Ringkas: Operasi SAR dipergiat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tragedi kren tumbang kekal terpahat dalam ingatan
Kejadian kren tumbang yang berlaku pada September 2015 itu mengorbankan lebih 100 jemaah dan mencederakan lebih 230 lagi.
AWANI Pagi: Salahkah tayang bahagia di media sosial?
Kini ramai yang menggunakan media sosial untuk memaparkan kebahagiaan mereka. Adakah media sosial ketika ini menjadi penentu atau kayu ukur kebahagiaan? Salah atau perlu berpada-pada? Ikuti perkongsiannya dalam AWANI Pagi.
Islam Makhachev tak tolak kemungkinan lawan McGregor
Katanya, dia bukan bercakap besar atau memperkecilkan kemampuan McGregor tetapi keyakinannya berpandukan kepada realiti sebenar.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi;
Perkembangan terkini nahas helikopter Presiden Iran
Serangan terhadap polis, keselamatan dipertingkat
Teresa Kok terima ugutan bunuh
#AWANInews #AWANIPagi
Perkembangan terkini nahas helikopter Presiden Iran
Serangan terhadap polis, keselamatan dipertingkat
Teresa Kok terima ugutan bunuh
#AWANInews #AWANIPagi
AirTag generasi baharu dijangka diperkenal tahun depan, dengan cip dikemas kini
Apple kini dalam fasa pembangunan AirTag generasi baharu, dan menyasarkan untuk melancarkannya sekitar pertengahan tahun 2025 kelak.
Siri kelak boleh rumus notifikasi pada iPhone - dengan sokongan integrasi AI
Siri juga kelak boleh meringkaskan sesuatu berita, melakukan transkrip untuk memo suara, serta penambahbaikan pada gambar yang dirakam.
Lawatan Tiga Negara: Berjaya jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bln - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
Penang FC yakin kemampuan Neto Oliveira
Akmal Rizal berkata pemain kelahiran Brazil berusia 26 tahun itu berkemungkinan besar akan disenaraikan dalam kesebelasan utama.
Penang FC nyatakan solidariti terhadap Akhyar, Faisal
Pulau Pinang menyatakan solidariti bersama pemain-pemain ini dan berharap mereka dapat menerima rawatan yang sewajarnya dan akan pulih.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
'Ibarat balik kampung' - Sikh Izhan
Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman bertekad mempamerkan persembahan terbaik selepas menyarung jersi Penang FC secara pinjaman daripada Selangor FC.
Merzagua Pengarah Teknikal baharu Penang FC
Penang FC melantik Merzagua Abderrazak sebagai Pengarah Teknikal baharu bagi memantapkan persiapan pasukan itu musim ini.
Sepakan penalti Vitor ikat Terengganu
Sepakan itu diperoleh selepas penjaga gol TFC Muhammad Rahadiazli Rahalim merempuh Nik Akif Syahiran Nik Mat dalam kawasan penalti.
Liga Super: KL City tewaskan Kelantan United 3-0
Anak buah kendalian Nenad Bacina yang dilihat mendominasi perlawanan memecah kebuntuan pada minit ke-21 hasil penyudah Matko Zirdum.
Penang FC 'rehatkan' Yee Fatt, Manzoor Azwira
Pasukan Harimau Kumbang gagal melangkah ke pentas akhir MFL Challenge Cup 2023, pamer prestasi membimbangkan dalam saingan Liga Super 2023.